Saturday, 20 July 2013

Tasik Qarun

TASIK QARUN

                                 


Menurut lagenda yang mahsyur di daerah ini, tasik ini pada asalnya adalah merupakan istana Qarun dan hartanya telah ditenggelamkan oleh Allah Taala di atas kekufuran Qarun. Tasik ini terletak berhampiran bandar al-Fayyoum. Tasik Qarun ini merupakan tasik air masin dan di sekitar persisiran tasik tersebut penuh dengan kulit-kulit kerang dan siput. Keluasan Tasik Qarun ini seluas 55,000 hektar, manakala tasik tersebut adalah merupakan sebahagian daripada harta-harta Qarun yang telah ditenggelamkan oleh Allah Taala. Difahamkan untuk membawa kunci-kunci gudang sahaja Qarun, sebanyak 100 ekor unta diperlukan. 


Peristiwa ini berlaku kerana keingkaran Qarun untuk membayar zakat. Bangunan rumah penginapan Qarun hanya tinggal 2 tingkat daripada 6 tingkat yang asal. Ianya terletak di salah satu perkampungan bernama Qarun. Ada yang menyatakan harta Qarun masih tenggelam sedalam 1 hasta sehari hingga ianya mencecah perut bumi (salah satu daripada tanda akhir zaman). 



                                           


Menurut cacatan sejarah yang menyatakan tasik ini merupakan sebahagian dari tasik Moris kuno yang pernah dikunjungi oleh Herodotus pada tahun 450 SM. Di tengah tasik ini terdapat sebuah pulau yang dikenali dengan nama Qarn az-Zahabi. Keluasan tasik ini sebanyak 45 ribu faddan atau 18 900 hektar. Allah Swt telah mengisahkan perihal Qarun di dalam beberapa ayat di antara Firman Allah Taala –

                                                 


“Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendeharaan harta yang kunci-kkuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat, (ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "janganlah kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri." 


“Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang yang menghendaki dunia, Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keuntungan yang besar."






Piramid Agung Kufu

                                                     
                                                         



Piramid Agung Kufu merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu (nama Greek: Cheops; tempoh pemerintahan: 2606-2583 SM) daripada Wangsa Mesir Keempat. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun.



                                                 LOKASI


Piramid Agung Kufu merupakan piramid yang terbesar dan paling terkenal serta tertua antara tiga piramid (Piramid Kufu, Piramid Khafre dan Piramid Menkaure) di Bandar Kematian Giza, Mesir. Kawasan tersebut bersebelahan dengan bandar moden Kaherah, dan menjadi bahagian utama bagi kompleks bangunan-bangunan yang merangkumi laluan pejalan kaki yang istimewa, dua kuil, tiga piramid yang kecil (digelar piramid permaisuri), lubang-lubang untuk mengebumikan bot-bot serta mastaba-mastaba untuk bangsawan. Pada masa itu, juga terdapat sebuah bandar untuk pekerja-pekerja yang mengandungi antaranya perkuburan, kilang-kilang roti, kilang bir serta kompleks peleburan tembaga. Satu dari piramid kecil mengandungi makam ratu Hetepheres (dijumpai pada 1925), yang merupakan adik dan isteri Snefru dan juga ibu kepada Khufu. Banyak lagi kompleks-kompleks bangunan yang masih dalam usaha mencari dan menganalisis untuk Projek Pemetaan Giza. Beberapa ratus meter dari barat daya Piramid ini terletaknya Piramid Khafre, yakni makam waris Khufu yang membina Sfinks Agung. Lagi beberapa ratus meter dari barat daya Piramid Khafre terletaknya Piramid Menkaure yang merupakan makam waris Khafre. Tingginya hanya setengah daripada Piramid Khafre.



                                            PEMBINAAN      









Sewaktu pembinaannya, ketinggian Piramid Agung Kufu adalah setinggi 146.5 meter (481 kaki), akan tetapi disebabkan hakisan dan pencurian batu yang berada di kedudukan atas, ketinggian kini adalah pada 139 meter (455 kaki). Setiap sisi pada kaki piramid berukuran 231 meter (758 kaki) dan meliputi kawasan seluas 5.3 hektar (13 ekar). Pada tahun 1301, satu gempa bumi yang besar telah melonggarkan kebanyakan batu selongsong yang kemudian diangkut ke Kaherah oleh An-Nasir Nasir-ad-Din al-Hasan Sultan Bahri untuk pembinaan masjid-masjid dan kubu-kubu. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak batu selongsong di sekitar kaki piramid. Piramid Agung Kufu mengandungi 2 juta batu blok yang setiap satunya seberat 1 tan. Seluruh Piramid diliputi dengan batu kapur yang dilicinkan sehingga kilauannya dapat diperhatikan di tempat yang berbatu-batu jauh.











Piramid ini dibina menggunakan batu kapur, basalt atau granit yang dipotong dan dibentuk. Terasnya dibuat daripada batu kapur kasar berkualiti rendah yang diambil dari kuari di selatan Piramid Agung Khufu. Blok batu tersebut seberat purata antara dua hingga empat tan, dengan yang terberat digunakan sebagai asas piramid, dengan anggaran 2.4 juta blok telah digunakan dalam pembinaan. Batu kapur bermutu tinggi digunakan bagi selongsong luar, dengan sesetengah blok seberat sehingga 15 tan. Batu kapur ini datangnya dari Tura, sekitar 8 batu diseberang sungai Nil. Granite yang digunakan for the portcullis dan kamar pelepas tekanan, seberat sehingga 60-80 tan, blok granit dikuari hampir 500 batu di Aswan.
Jumlah keseluruhan jisim piramid dianggarkan sekitar 5.9 juta tan. Isipadu (termasuk anak bukit dalaman) dipercayai sebesar 2,600,000 meter padu. Piramid ini merupakan piramid terbesar di Mesir dan tertinggi di dunia dan hanya diatasi oleh Piramid Agung Cholula di Puebla, Mexico, yang, sungguhpun jauh lebih rendah, merangkumi isipadu yang lebih besar. Ketika siap, Piramid Agung diturap dengan 'batu selongsong' – sisi condong, tetapi rata di bahagian atas, blok batu yang digilap licin. Ini menjadikan tugu peringatan ini berkilauan di bawah matahari dan malah pada waktu malam di bawah cahaya bulan dapat dilihat dari gunung di selatan Mesir sejauh 200 batu (322 km). Apa yang masih dapat dilihat hari ini adalah struktur teras piramid tangga dalaman, tetapi beberapa batu selongsong masih dapat di lihat di sekeliling tapaknya. Batu selongsong Piramid Agung dan Piramid Khafre (di bina langsung disebelahnya) dipotong dengan kejituan optik sehinggakan melencung dari satah sebenar pada keseluruhan kawasan permukaan hanya sekecil 1/50 bahagian se inci. Ia dimuatkan bersama begitu tepat sehinggakan hujung mata pisau tidak boleh diselit antara sambungan sepanjang semua sisi. Piramid Agung berbeza dengan piramid lain di kawasan itu dari segi aturan dalamannya. Sejumlah besar laluan dan kamar dalamannya, kemasan kerja yang tinggi, dan kejituan pembinaannya kesemuanya jelas membezakannya. Dinding dikeseluruhan piramid kosong dan tidak terukir sepenuhnya, tetapi terdapat catatan — atau untuk lebih tepat lagi, contengan — dibuat oleh pekerja pada batu sebelum ia dipasang. Kesemua lima kamar pelepas dicatat. Catatan paling terkemuka adalah salah satu yang menyebut nama Khufu; ia menyatakan "tahun ke-17 pemerintahan Khufu". Sungguhpun teori lain mencdangkan sebaliknya, berdasarkan kedudukannya yang tersorok ianya sukar dipercayai bahawa ia ditulis selepas pembinannya; malah Graham Hancock menerimanya, selepas Dr Hawass membenarkannya memeriksa catatan itu. Catatan yang lain merujuk kepada "sahabat Khufu", dan kemungkinannya nama salah satu kelompok pekerja. Sungguhpun ini tidak menawarkan bukti sahih bahawa Khufu memulakan pembinaan Piramid Agung atau bila ia mula di bina, ia bagaimanapun jelas membuktikan bahawa dia mengambil bahagian pembinaannya pada fasa tertentu semasa pemerintahannya. Terdapat tiga kamar dalam Piramid Agung. Ia diatur di tengah, Terdapat paksi menegak dalam piramid. Kamar terendah digali pada batu dasar atas mana piramid dibina. Kamar ini adalah terbesar antara tiga, tetapi tidak siap, hanya digali kasar pada batu. Kamar tengah, atau, Kamar Ratu, merupakan paling kecil, berukuran sekitar 5.74 kali 5.23 meter, dan 4.57 meter tinggi. Dinding timurnya mempunyai pintu besar bersudut satu lekukan, dan dua liang sempit, sekitar 20 sentimeter lebar, memanjang dari kamar ke permukaan luar piramid, tetapi dihalang oleh "pintu" batu kapur pada beberapa tempat. Pakar Mesir purba Mark Lehner percaya bahawa kamar Ratu bertujuan sebagai serdab— struktur yang terdapat pada beberapa piramid Mesir lain—dan lekukan akan memiliki patung orang yang ditanam. Orang Mesir purba percaya bahawa patung akan bertindak sebagai bekas "sokongan" bagi roh orang Mesir bagi Firaun, sekiranya badan yang dimumia musnah. Tujuan sebenar kamar, bagaimanapun; kekal sebagai misteri. Dipenghujung beberapa siri laluan panjang mengarah dalam piramid struktur kamar utama, "Kamar Raja". Kamar ini pada asalnya seluas 10 x 20 x 5V5 kubik ("cubit"), atau sekitar 17 x 34 x 19 kaki, membentuk kiub berkembar.








                                                USAHA






Herodotus, sejarawan Greek pada abad ke-5 SM, menganggarkan bahawa pembinaan mungkin memerlukan tenaga kerja seramai 100,000 hamba selama 20 tahun. Arkitek Poland Wiesław Kozinski percaya bahawa seramai 25 orang diperlukan bagi mengangkut 1.5 ton blok batu. Berdasarkan hal ini, beliau menganggarkan tenaga kerja menjadi 300,000 orang di lokasi pembinaan, dengan tambahan 60,000 di luar tapak. Pada abad ke-19 pakar kaji Mesir purba William Flinders Petrie mencadangkan bahawa sebahagian besar tenaga kerja bukanlah hamba, tetapi penduduk Mesir dari luar bandar, yang bekerja selama tempoh ketika sungai Nil banjir dan kegiatan pertanian ditangguhkan. Pakar kaji Mesir purba Miroslav Verner mengemukakan bahawa tenaga kerja itu disusun menjadi sebuah hirarki, yang terdiri daripada dua geng dari 1,000 orang, dibagi menjadi lima zaa atau phyle daripada 200 orang masing-masing, yang mungkin telah dipecahkan lebih lanjut sesuai dengan kemahiran para pekerja. Apabila menganggarkan tempoh masa yang diperlukan bagi membina Piramid Agung itu sendiri, ia perlu diingati bahawa pembinaan keseluruhan tanah tinggi Giza dipercayai telah dicapai oleh tiga firaun dalam tempoh seratus tahun bermula dengan firaun Khufu yang memerintah antara 2606-2583 S.M. dan berakhir dengan Menkaure 2548-2530 SM (76 tahun). Bagi menggunakan formula usaha Piramid Agung (yang hanya mengira tindakan fizikal meletakkan batu pada tempatnya) pada keseluruhan tanah tinggi Giza akan memerlukan batu, malah jenis 80-200 tan batu yang sesetengahnya dikuari lebih 500 batu jauh di Aswan, untuk diletakkan sepuluh jam sehari, 365 hari setahun bagi sekitar 76 tahun - bukan bagi setiap beberapa minit, tetapi bagi setiap setiap beberapa saat. Pencapaian ini menjadi lebih menakjubkan kerana bermula dengan firaun Snefru yang memerintah dari 2630-2606 SM (meninggalkan tempoh 100 tahun antara permulaan pemerintahanya dan berakhirnya pemerintahan firaun Menkaure pada 2530 SM), tiga piramid besar juga dibina: Piramid Bertingkat di Saqqara (dipercayai sebagai piramid Mesir pertama), Piramid Condong, dan Piramid Merah di Dashur.   





CREDIT TO: http://ms.wikipedia.org/wiki/Piramid_Agung_Kufu                   

University Al-Azhar

UNIVERSITI AL-AZHAR


Universiti al-Azhar (Bahasa Arab: جامعة الأزهر atau juga الأزهر الشريف; al-Azhar al-Shareef, "Azhar yang Mulia"), adalah sebuah institusi pendidikan tinggi ulung di Mesir, dan terkenal di dunia sebagai pusat kesarjanaan dan pendidikan. Mula dibina pada 969, ia merupakan universiti yang kedua tertua ditubuhkan yang masih beroperasi selepas Universiti al-Qarawiyin di Fes, Maghribi. Universiti al-Azhar dibina oleh kerajaan Fatimiyyah (909-1171) yang menjadikan Kaherah sebagai pusat pemerintahannya. Universiti ini asalnya dibina sebagai Masjid al-Azhar. Pada masa dulu, masjid merupakan pusat pelbagai aktiviti orang Islam termasuklah pendidikan.










Universiti al-Azhar ini diasaskan oleh dinasti Fatimid di Mesir, keturunan Fatimah, anak perempuan dari Rasul Prophet Muhammad. Fatimah dikenali sebagai Az-Zahra (yang pintar), dan universiti ini mengambil nama tersebut sebagai penghormatan kepada beliau.Pengajian bermula di Al-Azhar pada bulan Ramadan, 975 AD. (Jami'ah) Universiti memiliki fakulti dalam Undang-undang Islam dan perundangan (jurisprudence), nahu Arab (Arabic grammar), Ilmu Falak (Islamic astronomy), falsafah awal Islam, dan logik.[1][2]Pada abad ke-12, dengan kejatuhan dinasti Shia Fatimid, Sultan Saladin (pengasas Dinasti Ayyubid Sunni) menukar Al-Azhar menjadi pusat pembelajaran Sunni Shafi'ite.[3][4]Pada 1961, Al-Azhar dirombak kembali di bawah kerajaan Presiden Mesir ke-2, Presiden Gamal Abdel Nasser dan beberapa fakulti sekular di tambah ke universiti tersebut, seperti perubatan, kejuruteraan, dan pertanian. Fakulti wanita Islam turut ditambah pada tahun yang sama.









Gunung Sinai

GUNUNG SINAI




Gunung Sinai adalah sebuah gunung yang terletak di Semenanjung Sinai, laluan antara tanah Mesir ke Israel, Semenanjung Arab dan Mesopotamia. Gunung setinggi 2,285 meter ini turut dikenali dengan nama Jabal Musa (Gunung Nabi Musa). Disinilah tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyunya yang pertama dari Allah SWT.















Dalam Perjanjian Lama Gunung Sinai disebut juga Gunung Horeb. Sesudah melewati Mara dan Elim orang Israel sampai di Sinai pada bulan ke-3 sesudah berangkat dari Mesir (Keluaran 19:1), dan berkemah di dataran kaki gunung itu, dan dari situ puncak gunung dapat dilihat (Keluaran 19:16, 18, 20). YHWH menampakkan diriNya kepada Musa di puncak gunung ini dan memberikan Kesepuluh Firman dan hukum-hukum lainnya. Perjanjian yang diadakan Allah di situ dengan umat-Nya sangat penting dalam mengikat suku-suku itu menjadi satu, dan menempa mereka menjadi satu umat yang mengabdi kepada satu Allah. Keaslian berita ini mendapat tentangan dari aliran modern tertentu, berdasarkan {{Alkitab|Hakim-hakim 5:5]], bahwa tradisi tentang Sinai termasuk bagian yang tua dari kepercayaan orang Israel. Peranan Gunung Sinai yang menonjol dalam Perjanjian Lama dan tradisi kuat yang dihubungkan dengan gunung itu, memberikan banyak bukti dalam menopang kebenaran sejarah dari berita ini.






                    http://id.wikipedia.org/wiki/Gunung_Sinai


Bibliotheca Alexandrina

Bibliotheca Alexandrina


Biblioteka Alexandrina (bahasa Inggeris: Bibliotheca Alexandrina, bahasa Arab: مكتبة الإسكندرية) merupakan sebuah perpustakaan dan pusat kebudayaan yang terletak di persisiran pantai Laut Mediterranean di bandar raya Iskandariah, Mesir. Biblioteka ini merupakan bangunan peringatan Perpustakaan Iskandariah purba yang dimusnahkan dan sesuatu usaha menghidupkan semula kegemilangan Perpustakaan itu. Biblioteka Alexandrina mempunyai lebih dari lapan juta buah buku, dan luas kawasan membaca ialah 70,000 m2 di sebelas tingkat. Bangunan itu juga mempunyai sebuah pusat persidangan, perpustakaan dikhususkan untuk golongan buta, kanak-kanak; tiga muzeum; empat galeri seni; sebuah planeterium; serta sebuah makmal pemulihan manuskrip.